Acara Sekeloa, Bandung
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Memandangkan Kina pernah menjalankan internship di Bandung, post-post Kina maybe lebih banyak berkisarkan kisah di Bandung. Entri kali ini mengenai aktiviti kejiranan sekitar bilik sewa Kina di Tubagus Ismail. Sini kebanyakkan tempat menyewa dipanggil kos-an which is bilik atau kamar sewa instead of sewa rumah.
Ok, kita berbalik kepada aktiviti kejiranan setempat. Aktiviti kejiranan sekeloa atau turut dikenali sebagai 'kawasan kejiranan' diadakan setahun sekali. Pada acara ini disediakan suatu pentas yang besar untuk acara persembahan kebudayaan. Penduduk setempat akan melakukan persembahan mereka di pentas itu. Malah, di sekitar acara turut disediakan khemah-khemah untuk penduduk setempat berniaga.
Kina dapat merasa ayam saus Bangkok & cuanki tom yam. Ada juga dijual ceker saus Bangkok tapi Kina tak beli. Ceker di sini bermaksud kaki ayam ya. Semua info-info ni Kina dapatkan dari penjual tom yam ni juga. Thank you, pak. Maaf nggak ingat nama nya. Tapi bagus bapak yang menjual tu, seorang chef dan pernah bekerja di Thailand dan Malaysia.
0 comments