ITINERARY 3D2N Songhkla, Hatyai
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Lama Kina tak update entry baru walaupun lately ni banyak kali juga travel sana sini. Untuk post kali ni Kina nak cerita sedikit pasal trip Kina ke Hatyai 5-7 September 2018. Hatyai terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia, Padang Besar dengan perjalanan kira-kira 1 jam menaiki keretapi mahupun van. Kos pengangkutan awam di sana juga tidak mahal. Group travel Kina kali ini berjumlah 6 orang. Semuanya cantik manis belaka.
Tak nak membebel lebih panjang, Kina sertakan itinerary Kina di bawah:
Day 1
- Flight tiba ke lapangan terbang Hatyai sekitar 11.05am
- Check-in Train Hotel
- Lunch Salma Restaurant
- Kim Yong Market (Sini banyak jual kekacang & kerepek)
- Jalan-jalan sekitar Lee Garden Plaza (Malam ada small night market sekitar sini)
Day 2
- Dijemput driver sekitar 9am
- Breakfast Tamrab restaurant (Ada roti canai, nasi kerabu dan teh tarik yang sedap)
- ATV di Chang Puak Elephant Camp (Ada pelbagai package ditawarkan)
- Songhkla:
> Songhkla Old town
> Samila Beach (Lunch)
- Songhkla Central Mosque
- Hatyai Municipal Park (Sini ada Cable Car kalau ada yang nak naik)
- Alif Hotpot Buffet
- Asean Night Market
Day 3
- Breakfast di Hotel
- Last shopping/Massage di Lee Garden Plaza
- Lunch di Hotel
- Menaiki keretapi untuk balik ke Malaysia
Budget (per person):
Flight Ticket (One Way) = RM68
Train Hatyai-Pdg Besar = 70 THB (RM7)
The Train Hotel 2 Night = RM56.70
1 day Transport = 500 THB (RM50)
Tuk2/ Songthaew = 2O THB (RM2) sekali naik
Lunch Salma = 188 THB (RM 18.80)
Lunch Samila Beach = 100 THB (RM10)
Alif Hot Pot Buffet = 229 THB (RM22.90)
ATV Chang Puak = 500 THB (RM50)
ATV Chang Puak = 500 THB (RM50)
Sim Card = 50 THB (RM5) //Kongsi 4 org
** Price ni semua kena tambah sendiri RM2-5 disebabkan currency turun naik**
Total Anggaran habis around RM400 (include shopping, souvenirs, street food)
Ikutkan hati, Kina rasa nak bagitau lebih panjang pengalaman masa kat sana tapi takut meleret pulak sampai pening nak ambil info penting kat sini. Nanti Kina cerita lebih banyak dalam post lain.
Photo Diary
0 comments