Bandung Light Festival 2017



Bismillah..

Suppose to be, entry ni mendahului Jogja tapi disebabkan excited travel to Jogja tak habis lagi, maka entry Jogja didahulukan. Ligh Fest ini acara yang diadakan setahun sekali di Bandung. Terdapat perarakan kenderaan berhias dan persembahan diadakan pada acara ini. Di bawah ini poster untuk acara Light Fest Bandung 2017.



Apa yang menyeronokkan di pesta ini ialah warna warni dari lampu kenderaan berhias pada waktu malam. Tema yang diadakan untuk acara ini adalah undersea atau hidupan laut. Pada poster sudah tertulis laluan kenderaan-kenderaan berhias ini. Kina terus tunggu di Jln Asia-Afrika yang merupakan jalan penghujung buat kenderaan-kenderaan berhias ini.

Walaupun badan penat dengan aktiviti berkuda di pagi hari kemudian shopping hadiah untuk birthday kawan Kina yang akan datang, tapi kepenatan tu seakan hilang apabila melihat kerlipan lampu warna warni dan music yang menyeronokkan. Kelihatan senyuman dari pengunjung yang lain. Kina kongsikan gambar-gambar acara Light Fest Bandung 2017 di bawah ini.

Photo Diary

Setiap kenderaan mewakili daerah yang berbeza

Bertemakan warna-warni lautan

Perarakan yang diikuti kenderaan berhias

Kepelbagaian kostum

Tema lautan yang turut mempunyai ciri-ciri budaya




0 comments