Restoran Running Man Go Sitiawan Perak

Bismillah..

Lama rasanya Kina tak update blog sampai bersawang dah. Entry kali ni Kina nak share makanan korea yang sedap di Perak iaitu Running Man Go. Kina ke sini sebab teringin makan ramyeon dan kimchi. 

Restoran ini baru dibuka setahun yang lalu dan menyediakan makanan korea yang halal. Harganya standard makanan korea di Selangor dan Kuala Lumpur. Harganya berbaloi dengan hidangan dan servis yang dihidangkan. Sedap dan mengenyangkan. 

Terdapat 2 restoran Running Man di Sitiawan ini jadi untuk yang pertama kali ke sini mungkin akan tersalah waze ke restoran  Running Man yang menyediakan non-halal Korean food. Jadi sebelum memulakan pencarian, pastikan alamat ditetapkan pada "Running Man Go Sitiawan". Perkataan 'Go' tu mesti ada. Kina sendiri tersalah ke restoran running man yang non halal. Malu kejap bila masuk semua pandang lain macam dan miss waitress beritahu restoran itu menyediakan menu non-halal.

Tapi apa pun, Kina memang recommend makan kat sini kalau ada yang cari makanan korea yang sedap. Makan ramai-ramai lagi best sebab sini juga ada menu steamboat korean style. 

Lokasi : Plot B Of Lot 37448, Sitiawan
Google Map/Waze: Running man go Sitiawan

Waktu Operasi: 12pm - 10pm
Price Range: RM 8 - RM 140


PHOTO DIARY


Haemul and Kimchi Ramyeon

Toppoki

Outside of the restaurant


Photo corner inside the restaurant

0 comments